| |

HAJI UMAR SUNGAI KELADI
1867-1946
Salah seorang tokoh ulama Kelantan yang sangat produktif.
Haji Umar bolehlah dianggap sebagai penyambung kepada tradisi
penulisan kitab di Kelantan selepas dimulakan oleh dua orang tokoh ulama’ pendahulunya - Tok Wan Ali Kutan dan Tuan Tabal.
Haji Umar Sungai Keladi atau nama lengkapnya Haji Umar bin Ismail Nuruddin dilahirkan di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu, pada 18
Jumad al-Awal 1284 bersamaan 17 September 1867. Ayahnya, Ismail Nuruddin, seorang tukang emas yang mahir dan pernah
membuat ufti bunga emas kerajaan Kelantan kepada kerajaan Siam. Pada waktu kecilnya beliau belajar agama di rumahnya sendiri
di samping belajar al-Quran kepada Haji Abd. Manan Atas Banggol. Selepas itu beliau belajar di pondok
Haji Awang Gemuk atau Haji Awang Alim dan kemudiannya kepada Haji lsmail Mahmud, sehinggalah apabila beliau berkahwin pada waktu berumur 18 tahun
(1885).
Perkahwinan awal ini telah menyebabkan beliau meninggalkan dunia pelajaran dan memasuki dunia perniagaan (menjadi pengimport
kain dari Singapura). Bagaimanapun, kematian isteri beliau dua tahun kemudian, menyebabkan beliau “berpaling” semula kepada
pelajaran. Kali ini beliau ke Makkah pula - 1305 Hijriah (1887). Di Makkah, beliau sempat belajar kepada ramai tokoh ulama’ Makkah
pada akhir abad ke 19 itu. Antaranya Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani,
Haji Wan Ali Kutan, Tuan Abd. Mutalib
Tuan Faqih Kota, Sheikh Ahmad bin As’ad alDahhan, Sheikh Muhammad al-Khayyat, Sheikh Said
al-Yamani, Sheikh
Hasbullah, Syed Umar Bajunid, Sheikh Nik Mat Kechik al-Fatani, Tok Senggora, Pak Chik Daud al-Fatani dan lain-lain. Apabila beliau pulang
ke Kelantan 12 tahun kemudian (1899), beliau dikenal sebagal seorang yang ahli dalam ilmu falak, fiqh, usul fiqh, ilmu-ilmu alat
seperti nahwu, sarf dan balaghah, serta juga ilmu qiraat.
Untuk beberapa tahun selepas pulang, beliau mengajar di Masjid Besar Kota Bharu atas titah perintah Sultan
Kelantan. Kemudiannya, pada tahun 1913, beliau mengajar di suraunya sendiri di Sungai Keladi sebelum menerima tawaran menjadi
penterjemah kitab di pejabat Majlis Ugama Islam Kelantan pada akhir 1916. Haji Umar termasuk ulama’ penulis yang aktif. Antara
karya tulisnya (asli dan terjemahan) ialah al-Durr al-Naqiyy fi Ma’rifat
Arqam al-Hindi (1909), Jalan Sejahtera (1917), Jambangan
Melayu (1917), Pengenal Kesucian (1921), ‘Aqd alFalah (1922),
Tazkirat al-’Awam (1923), Pelajaran Membahagi Pesaka (1923), Miflah
al-Ta’lim (1924) dan Syams al-Fathiyah (1926). Kandungan buku-buku ini merangkumi berbagai-bagai bidang ilmu seperti
hisab, falak, balaghah, asas fardu ain (ibadat) dan akhlak. Meninggal dunia pada 16 Julal 1946.
|
|