| |

Sheikh Osman Jalaluddin
Al-Kalantani
Salah
seorang guru pondok dan ulamak pengarang tersohor di Semenanjung Melayu
pada suku abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Tok Seridik, Haji Ismail
Pontianak , Haji Omar Banggol Kulim , Dato' Perdana, Haji Mat Jebeng.
Beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi juga
terbilang di Makkah.
Nama penuh tokoh ulamak kelahiran Kg.
Panjang, daerah Sering di sempadan
jajahan Kota Bharu / Bachok pada penghujung tahun 129 H/1880 M ini ialah
Haji Osman bin Muhammad. Lantaran itu pada peringkat awalnya beliau
lebih dikenali dengan panggilan Haji Seman Sering.
Beliau termasuk dalam kumpulan murid kesayangan Tok
Kenali. Juga pernah
berguru dengan Haji Jamaluddin Perupok dan Haji Abdul Malek Sungai
Pinang. Di makkah pula , beliau sering mendampingi Tuan Mukhtar Bogor (
Syeikh Mohd mukhtar bin Atarid ) yang ternama itu.
Namanya mula timbul selepas kejayaan beliau mendirikan Madrasah Manabi
al- Ulum (1932) di Penanti, bukit Mertajam. Madrasah ini kemudiannya
muncul sebagai pusat pengajian pondok yang paling maju di Seberang Perai,
khususnya pada dasawarsa 1930-an dan 1940-an.
Sebagai pendidik yang
dedikasi, beliau banyak menghasilkan karya-karya
sendiri dan terjemahan. Syeikh Usman bukan sahaja berhati-hati dalam
menghasilkan sesuatu karangan tetapi juga selalu memilih topik yang
berkait rapat dengan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat . Kitab
Durrat al Nafi'ah ( Alamat Kiamat ) karangannya meletakkan beliau
sebagai sasterawan yang berpandangan jauh kerana ia dianggap buku
berbahasa Melayu paling terperinci membicarakan perihal tanda tanda
dunia hampir kiamat.
Disamping
itu, Syeikh Osman kerap berulang alik ke Makkah dan diberi
kepercayaan mengajar di Masjidil Haram . Sebab itu muridnya ramai.
Mereka termasuk Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Haji Abdul Rahman Lubok
Tapah, Haji Abdullah Lati, Haji Abdullah Kg. Laut, Haji Hassan Ketereh,
Haji Abu Bakar Bukit Tiu, Haji Mohd Ibrahim Akibi Pulau Pinang, Haji
Ismail Merbok, Haji Hussein Umbai, Haji abdul Ghani Kubang Bembandan
diantara masih ada lagi ialah Ustaz Abdul kadir Kamaluddin ( lahir 1921
) , Ketapang Tengah, pekan, Pahang.
Tokoh yang amat mementingkan istiqamah dan disiplin diri ini ditakdirkan
meninggal dunia di tanah suci di makkah waktu fajar pada hari Jumaat 30
Zulhijjah 1371 bersamaan 19 September 1952.
|
|