![]() |
||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sejarah Pendidikan || Pendidikan Sekolah Cina || Pendidikan Sekolah Tamil || Sekolah Rendah Kebangsaan || Pendidikan Sekolah Inggeris
Permulaan Sekolah-Sekolah Inggeris di Kelantan agak perlahan disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah kekurangan perhatian daripada pihak pemerintah, kekurangan kewangan dan kekurangan guru-guru terlatih dalam aliran Inggeris.
Penubuhan Sekolah-Sekolah Swasta Pada peringkat awal, penubuhan sekolah-sekolah Inggeris di Kelantan diusahakan oleh pihak swasta terutama dari Pantai barat Semenanjung malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Ini kerana pada masa itu bilangan anak-anak tempatan berkelulusan tinggi dalam aliran Inggeris adalah kecil dan kurang minat dalam mengembangkan pelajaran Inggeris. Sekolah Inggeris Swasta pertama di Kelantan adalah 'The Royal English School' yang ditubuhkan di Kuala Krai pada tahun 1930 atau 1931 dan bukannya di Kota Bharu. Ini kerana Kuala Krai merupakan tempat tumpuan orang-orang Inggeris, pemilik ladang-ladang getah. Kebanyakkan murid-muridnya terdiri daripada murid-murid Melayu daripada keluarga orang berada. Yuran bulanan sekolah ini ialah hanya RM2.50 setiap orang. Penubuhan sekolah Inggeris swasta ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga wujudnya beberapa sekolah swasta lain seperti 'United English School', 'Blackmore English School' dan 'Union English School'. Guru-guru yang mengajar berkelulusan Junior Cambridge Certificate dan/atau Senior Cambridge Certificate tetapi tidak mempunyai latihan perguruan. Sekolah-sekolah ini dipandang tinggi dalam masyarakat dan lulusnya terjamin mendapat pekerjaan di pejabat-pejabat Kerajaan.
Beberapa cerdik pandai dan pegawai kerajaan Melayu seperti Tengku Mahmood Mahyideen pada 5 Januari 1936 telah menubuhkan sekolah Inggeris pertama di Kelantan dan diberi nama 'Ismail English School', mengambil sempena nama Sultan yang memerintah pada masa itu iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni AlMarhum Sultan Mohamed. Pada mulanya 'Ismail English School' ini ditempatkan di Sekolah Melayu Padang Garong (sekarang dipanggil Sekolah Rendah Ismail Petra, Kota Bharu). Sejumlah 40 murid diterima setahun dan yuran dikenakan sebanyak RM1.00 sebulan. Pada mulanya sekolah ini hanya ada seorang guru iaitu Tengku Mahmood bin Tengku Yusoff. Pakaian seragam sekolah adalah seluar pendek Hitam, baju putih, sehelai kain merah diikat keliling pinggang dan bersongkok. Pada 1945, sekolah ini dipindah ke bangunan yang baru di Jalan telipot, Kota Bharu. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, sekolah ini berkembang pesat. Sehingga tahun 1970, pejabat pendidikan Kelantan membuat keputusan membahagikan sekolah ini kepada dua iaitu: i) Menengah Atas - dikenali dengan Maktab Sultan Ismail. ii) Menengah Rendah - dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sultan Ismail. Sekolah Inggeris Perempuan pertama ditubuhkan pada 19 Disember 1937 di Kota Bharu diberi nama 'Government Girl's English School' Kota Bharu. Pada awalnya sekolah ini untuk anak-anak perempuan dari keluarga Diraja dan keluarga orang-orang atasan dengan bilangan murid seramai 19 orang sahaja. Selepas daripada itu anak-anak perempuan orang awam (kebanyakan) juga diterima belajar di sini. Pada 1953, sekolah ini ditukar nama menjadi 'Zainab Secondary School' sempena nama Tengku Ampuan Kelantan pada masa itu. Pertambahan bilangan murid yang pesat menyebabkan sekolah ini diasingkan menjadi 'Zainab Secondary School' dan 'Zainab Primary School'.
Sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua (1941), tidak ada sekolah-sekolah kerajaan baru ditubuhkan. Persekolahan di 'Ismail English School' dan 'Government Girl's English School', Kota Bharu telah dihentikan semasa perang ini disambung semula pada tahun 1946, iaitu selepas tamat Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun sekolah-sekolah Inggeris masih belum mendapat perhatian Kerajaan kerana kekurangan guru terlatih dan juga kekurangan kewangan. Sekolah pertama dibina selepas Perang Dunia Kedua juga sekolah swasta iaitu Sekolah Ingeris Islah di bawah Persatuan Islah kelolaan Yang DiPertuanya iaitu Nik Daud bin Nik Yahya dengan 18 orang murid dan sekolah ini terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Sekolah Inggeris Kerajaan pertama dibina di Kelantan selepas Perang Dunia kedua ialah 'Special Malay' yang ditempatkan di sebuah bilik darjah yang dipinjamkan dibangunan sekolah Melayu, Pasir Mas, lapan bulan kemudian, sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan pada masa itu dan diberi nama 'Government English School' Pasir Mas.
Hanya dalam tahun 1950an, pelajar Inggeris mengalami perkembangan pesat dan tiap-tiap jajahan di Kelantan telah mendapat sebuah sekolah Inggeris. Jajahan-jajahan yang telah menubuhkan sekolah-sekolah Inggeris iaitu Jajahan Pasir Mas (1949), Jajahan Kuala Krai (1951), Jajahan Pasir Puteh (1954), Jajahan Tumpat (1954), Jajahan Tanah Merah (1956), Jajahan Bachok (1956) dan Jajahan Machang (1956). Di Jajahan Kota Bharu selain daripada 'Ismail English School' dan 'Government Girl's School' terdapat beberapa buah sekolah lain iaitu:- i) Sekolah Rendah Inggeris Kota - ditubuhkan pada 1955 Semasa mencapai Kemerdekaan pada 1957, Kelantan mempunyai 13 buah sekolah Inggeris Kerajaan. Beberapa sekolah yang nama asalnya 'Government English School' telah diberi nama sempena nama sultan atau orang kenamaan, contohnya:
1965, semua nama-nama sekolah menggunakan terjemahan Bahasa Melayu.
Kemerdekaan telah membawa beberapa perubahan kepada sistem pelajaran. Pelajaran peringkat menengah sebelum ini hanya didapati di sekolah-sekolah Inggeris. Pada tahun 1958, murid-murid dari Sekolah Melayu memasuki kelas peralihan di sekolah Inggeris. Murid-murid aliran Melayu juga melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah dalam aliran Melayu. Oleh kerana sekolah-sekolah menengah Melayu belum lagi didirikan, murid-murid ditempatkan di sekolah-sekolah menengah Inggeris yang berdekatan dan menyebabkan bilangan murid di sekolah-sekolah Inggeris bertambah dengan pesat. Pertambahan murid di sekolah Menengah Inggeris menyebabkan Kerajaan terpaksa mengambil langkah-langkah berikut:- i) mengadakan sekolah-sekolah baru ii) asingkan sekolah-sekolah yang besar kepada peringkat menengah dan rendah dengan pentadbiran berasingan. iii) mengasingkan sekolah-sekolah yang yang masih besar kepada peringkat menengah rendah dan menengah atas. Sebagai contoh, 'Sultan Ismail College' telah dipecahkan kepada bahagian menengah atas dan menengah rendah pada tahun 1970. Sekolah Menengah Rendah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sultan Ismail.
|